Sunday, April 26, 2009

Kasih Yang Terutama...








Shalom kembali saudara/i dalam kasih Tuhan,

Selamat kita bertemu sekali lagi, kali ini saya ingin kongsikan kepada kita semua disini mengenai "Kasih yang terutama". Pasti kita tahu apakah itu kasih. Kali ini kasih yang saya kongsikan adalah kasih daripada Allah.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dimana saya telah menyimpan dendam terhadap seseorang peribadi. Pertama kali saya merasakan perasaan dendam yang amat mendalam karna saya amat dilukai waktu itu dengan seseorang.

Pada suatu masa pada pertengahan tahun 2006, saya terus terang katakan saya telah memutuskan hubungan saya dengan seseorang karna tidak kefahaman lagi dalam diri kami masing-masing. Pada waktu itu, amat perit sekali rasanya karna hubungan kami telah terjalin selama 3 tahun dan hubungan itu putus dengan mudahnya.

Pada ketika itu saya melanjutkan pelajaran saya di semenanjung Malaysia. Disebabkan terlalu jauh, kami pun putus dalam message(canggih katakan). So, waktu itu, perasaan dendam saya timbul dan semakin hari semakin dendam itu mengawal diri saya. Setelah putus pun, perasaan dendam itu membara dan membara. Dan kami menjadi kawan pun perasaan dendam masih timbul sehingga kami ber'message' pun saya dengan perasaan marah. Apa lagi kalau berbual melalui 'handphone'.

Sungguh susah untuk saya membuang perasaan dendam itu sehingga saya tidak mahu berjumpa sekalipun dengan dia walaupun hubungan kami telah putus. Sukar untuk saya memaafkan dia dan juga dia tidak tahu apa yang saya alami. Then saya pernah beritahu dia tentang perasaan ini dan dia merasa sedih apabila mendengar apa yang saya alami. Tapi dia mahupun saya pun tidak dapat mau berbuat apa-apa karna semua ini adalah perasaan masing-masing.

Saya berdoa dan berdoa kepada Tuhan mengapakah perasaan untuk mengampuni ini tidak pernah mahu untuk hilang sedikitpun. Setiap kali saya berdoa, saya hanya serahkan kepada Tuhan karna saya tahu Kasih Tuhan adalah yang amat terindah sekali dalam peribadi kita semua. Tuhan tidak pernah membiarkan kita mahupun meninggalkan kita. Bahkan pula untuk melupakan kita. Saya hanya perlukan kasih Tuhan yang terutama dalam kehidupan saya karna selama 2 tahun saya menyimpan perasaan dendam terhadapsi dia itu. Fuhh!! Parah rasanya karna saya suka untuk menyimpan perasaan untuk diri saya sahaja.

Pada pertengahan tahun 2008, saya dapat rasakan Kasih Tuhan dalam kehidupan. Selama saya berdoa, akhirnya doa saya dijawab oleh Tuhan. Tuhan telah memberikan kasihNya kepada saya sehingga merubah kehidupan saya menjadi seorang yang mengasihi Tuhan mahupun sesama manusia. Waduh!!! Sungguh indah rasanya bila hati saya dapat mengampuni dia dan juga mengasihi dia. Pada saat itu, kami pun berkawan seperti biasa tanpa perasaan dendam mahupun dengki sekalipun. Saya pernah beritahu dia yang saya tidak lagi berdendam dengan dia dan kami pun berkawan seperti orang lain. Amin Amin Amin.

Semoga saudara/i diberkati lewat kisah benar yang menimpa kehidupan saya. Sampai sekarangpun saya masih mengasihi semua kita tidak mengira bangsa dan agamadan juga mengasihi Tuhan adalah yang terutama. Puji Tuhan!!! "Good is good, all the time". Seperti firman Tuhan katakan dalam Matius 22: 37-40. Hukum yang terutama ialah"Kasihilah Tuhan, Allahmu dengan segenap hatimu dan segenap jiwamu dan segenap akal budimu" dan Hukum yang kedua terutama adalah "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri". Amin.

Saya yang mengasihi,

Atunz

Friday, April 3, 2009

Ku Bersyukur PadaMu Tuhan




Shalom saudara/i dalam kasih Tuhan,

Bertemu kita sekali lagi dalam atunz's blog. Kali ini saya ingin berbicara mengenai "Ku Bersyukur PadaMu Tuhan". Topik ini saya ambik dari sebuah lagu iaitu "Tinggikan DiriMu". Lagu ini menyentuh peribadi saya sebagaimana lirik-lirik yang amat bermakna dalam peribadi saya. Mari kita lihat lirik lagu ini:

Tinggikan DiriMu

Ku bersyukur padaMu Tuhan
Atas kasih Mu,
Dan bermazmur bagi namaMu
Yang Kudus...

S'bab Engkau lah kebenaran,
PadaMu ku percaya,
Betapa muliaNya Tuhanku,
Ku rindu menyatakan...

c/o:
Tinggikan diriMu
Mengatasi langit
KemuliaanMu Tuhan
Mengatasi bumi...

Tinggikan diriMu
Mengatasi langit
KebesaranMu Tuhan
Mengatasi Bumi...

Ini lah lirik lagu tersebut dimana lagu ini telah banyak merubah kehidupan saya sebagai seorang peribadi yang takut akan Tuhan. Banyak yang telah Tuhan berikan dalam kehidupan saya. Sehingga Tuhan telah buka jalan kepada saya sampai sekarang saya berada di menara gading. Tuhan menyertai setiap langkah kita dimana saja kita berada.

Disini saya ingin katakan saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang telah Tuhan sediakan bagi saya sehingga saya masih bernafas lagi saat ini. Saya percaya saudara/i sekalian juga merasakan bagaimana saya rasakan. Segala kebaikan Tuhan tidak pernah putus-putus walau sesaat pun dalam kehidupan kita. Sebab itulah kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan. Tuhanlah batu sandungan saya dan juga kekuatan saya. Semoga kalian juga begitu. Jangan kita lupa akan kebaikan Tuhan dalam kehiduapn kita dan juga jangan kita lupa berterima kasih kepada Tuhan.

Ada sebuah cerita yang saya pernah dengar yang mengatakan ada seorang peribadi dimana beliau dibawa ke surga untuk melihat keadaan di surga. Tuhan membawa dia ke bilik-bilik khas seperti bilik doa/permintaan dan sebagainya. Semasa melewati bilik-bilik tersebut,dia sungguh gembira bila ramai manusia berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba, beliau melewati sebuah bilik iaitu bilik ucapan SYUKUR, dia seolah-olah tersentuh hati bila melihat bilik tersebut kekadang ada ucapan syukur daripada manusia dan juga kekadang rasa sunyi. Dia pun terfikir apakah manusia mudah meminta tetapi sukar untuk memberikan ucapan syukur kepada Tuhan. Maka dia pun menceritakan apa yang berlaku di surga dan menyuruh umat Tuhan untuk bersyukur setiap hari.

Apa yang saya pelajari dari cerita ini adalah jangan kita mudah untuk meminta tetapi mudah lupa untuk bersyukur. Kita harus bersyukur senantiasa agar apapun yang kita lakukan dalam kehidupan akan berkenan di mata Tuhan. Saudara/i sekalian, semoga kita sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan jangan hanya untuk meminta karna Tuhan punyai segala sesuatu yang indah pada waktunya.

Semoga kita diberkati lewat daripada cerita ini bahkan juga kita sentiasa bersyukur. Karna Tuhan sentiasa bersama dengan kita dan juga melihat setiap langkah kita walau dimana saja kita berada. Tuhan memberkati semua.

Saya yang bersyukur,

Atunz