Wednesday, August 10, 2011

Menjadi penabur yang berhasil

Shalom Saudara/i dalam kasih Tuhan,

Sekali lagi kita bertemu dalam topik yang baru dalam blog ini iaitu menjadi penabur yang baik. Penabur? Adakah saudara/i tahu apakah itu penabur? Semestinya sorang penabur inginkan tempat dimana dia menabur punyai hasil yang lumayan kan? Smestinya hasil yang diperolehi adalah sangat segar kan?

Dalam Matius 13:3-9, ada mengatakan tentang tempat dimana penabur itu menaburkan benih-benihnya. Iaitu yang pertama adalah menabur benih dan jatuh di pinggir jalan, kedua menabur benih dan jatuh ke tanah yang berbatu-batu, ketiga menabur benih dan jatuh di semak duri dan keempat menabur benih dan jatuh di tanah yang baik.



1. Benih yang jatuh di pinggir jalan

* Matius 13:19 - Kepada setiap orang yang mendengar firman tentang Kerajaan Sorga, tetapi
tidak mengertinya, datanglah si jahat dan merampas yang ditaburkan dalam hati orang itu, itulah benih yang ditaburkan di pinggir jalan.

Apakah anda tahu apakah maksud firman itu?

Orang yang mendengar firman itu tetapi tidak mengertikan firman itu. Dan orang itu tidak berusaha untuk mengertikan firman itu dengan lebih dalam lagi dan tidak mahu untuk teruskan mengerti ayat firman itu serta membiarkan sahaja. Oleh itu iman orang itu tidak bertumbuh dan sekadar hanya untuk mendengar sahaja. Oleh itu, iblis mudah untuk memutar-belitkan firman itu dan ini akan mengelirukan orang yang membaca firman itu dan orang itu akan menjadi sesat dan tidak tahu akan maksud tersirat disebalik firman itu.



2. Benih yang jatuh di tanah yang berbatu-batu

* Matius 13:20 - Benih yang ditaburkan di tanah yang berbatu-batu ialah orang yang mendengar firman itu dan segera menerimanya dengan gembira. Tetapi ia tidak berakar dan tahan sebentar sahaja.

Apakah anda juga faham akan ayat ini?

Orang itu mendengar dan mengerti akan firman Tuhan itu. Tetapi orang itu hanya mengerti seketika sahaja firman itu dan tidak melakukan apa yang dimaksudkan dalam firman itu. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia. Apabila orang itu mendengar dan mengerti firman itu, orang itu hanya berapi-api hanya untuk seketika sahaja dan pada akhirnya api itu dipadamkan untuk selamanya. Orang itu tidak berusaha untuk mempraktikkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. oleh itu orang itu hanya mengambil sambil lewa kan firman Tuhan yang disampaikan.


3. Benih yang ditabur di semak duri

* Matius 13:22 - Yang ditaburkan di tengah semak duri ialah orang yang mendengar firman itu, lalu kekuatiran dunia ini dan tipu daya kekayaan menghimpit firman itu sehingga tidak berbuah.

Apakah anda tahu akan firman itu?

Orang itu mendengar dan mengerti firman itu tetapi hal-hal didunia ini telah menguatirkan orang itu untuk memfokuskan diri kepada Tuhan. Orang itu dihimpit dengan keindahan harta benda, kewangan, kemewahan dan sebagainya sehingga menghalang mereka untuk melayani Tuhan dan memfokuskan diri kepada Tuhan. Contohnya: Wang yang banyak dapat mengaburkan mata kita untuk melayani Tuhan dan fokus kita telah hilang kepada dunia. Kita sebenarnya adalah sementara sahaja di dunia ini dan suatu hari nanti setiap kita akan dipanggil oleh Tuhan dan benda-benda di dunia ini akan kekal.


4. Benih yang ditabur jatuh ke tanah yang baik.

* Matius 13:23 - Yang ditaburkan di tanah yang baik ialah orang yang mendengar firman itu dan mengerti, dan karna itu ia berbuah, ada yang seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang tiga puluh kali lipat.

Apakah anda juga faham akan firman ini?

Orang itu mendengar dan mengerti firman itu. Apabila orang itu mendengar dan mengerti akan firman itu, maka orang itu akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan terus untuk mencari Tuhan dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada akhirnya orang itu diberkati dengan berlimpah-limpah dan berbuah dengan begitu banyaknya. Kita sebagai anak-anak Tuhan harus berdoa dan menrenungkan firman Tuhan siang dan malam. Tuhan pasti akan memberkati setiap orang yang berseru dalam nama Tuhan karna rencana itu indah pada waktunya.


Saudara/i dalam kasih Tuhan,

Antara keempat-empat penabur tersebut, dimanakah kedudukan anda pada saat ini? Apakah anda masih menjadi penabur yang menabur di pinggir jalan, di tanah yang berbatu-batu, di tengah semak duri atau menabur di tanah yang baik. Fikir dan jawab secara peribadi kepada Tuhan.

Saya pasti setiap kita ingin menjadi seorang penabur yang berhasil di dalam pelayanan. Semoga kita jangan sembil lewa dalam pelayanan Tuhan karna Tuhan inginkan seorang yang mempunyai hati hamba dan berseru kepada Dia disaat susah mahupun senang. Tuhan akan memberkati kita dengan berlimpah-limpah pada masa 'kan mendatang. Semoga kita fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk Tuhan. Semoga kita diberkati lewat dari topik kita pada kali ini. Jadikan Tuhan yang terutama dalam hidup kita. Amen.


Saya yang mengasihi semua,

Atunz

God bless u all...