Wednesday, August 10, 2011

Menjadi penabur yang berhasil

Shalom Saudara/i dalam kasih Tuhan,

Sekali lagi kita bertemu dalam topik yang baru dalam blog ini iaitu menjadi penabur yang baik. Penabur? Adakah saudara/i tahu apakah itu penabur? Semestinya sorang penabur inginkan tempat dimana dia menabur punyai hasil yang lumayan kan? Smestinya hasil yang diperolehi adalah sangat segar kan?

Dalam Matius 13:3-9, ada mengatakan tentang tempat dimana penabur itu menaburkan benih-benihnya. Iaitu yang pertama adalah menabur benih dan jatuh di pinggir jalan, kedua menabur benih dan jatuh ke tanah yang berbatu-batu, ketiga menabur benih dan jatuh di semak duri dan keempat menabur benih dan jatuh di tanah yang baik.



1. Benih yang jatuh di pinggir jalan

* Matius 13:19 - Kepada setiap orang yang mendengar firman tentang Kerajaan Sorga, tetapi
tidak mengertinya, datanglah si jahat dan merampas yang ditaburkan dalam hati orang itu, itulah benih yang ditaburkan di pinggir jalan.

Apakah anda tahu apakah maksud firman itu?

Orang yang mendengar firman itu tetapi tidak mengertikan firman itu. Dan orang itu tidak berusaha untuk mengertikan firman itu dengan lebih dalam lagi dan tidak mahu untuk teruskan mengerti ayat firman itu serta membiarkan sahaja. Oleh itu iman orang itu tidak bertumbuh dan sekadar hanya untuk mendengar sahaja. Oleh itu, iblis mudah untuk memutar-belitkan firman itu dan ini akan mengelirukan orang yang membaca firman itu dan orang itu akan menjadi sesat dan tidak tahu akan maksud tersirat disebalik firman itu.



2. Benih yang jatuh di tanah yang berbatu-batu

* Matius 13:20 - Benih yang ditaburkan di tanah yang berbatu-batu ialah orang yang mendengar firman itu dan segera menerimanya dengan gembira. Tetapi ia tidak berakar dan tahan sebentar sahaja.

Apakah anda juga faham akan ayat ini?

Orang itu mendengar dan mengerti akan firman Tuhan itu. Tetapi orang itu hanya mengerti seketika sahaja firman itu dan tidak melakukan apa yang dimaksudkan dalam firman itu. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia. Apabila orang itu mendengar dan mengerti firman itu, orang itu hanya berapi-api hanya untuk seketika sahaja dan pada akhirnya api itu dipadamkan untuk selamanya. Orang itu tidak berusaha untuk mempraktikkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. oleh itu orang itu hanya mengambil sambil lewa kan firman Tuhan yang disampaikan.


3. Benih yang ditabur di semak duri

* Matius 13:22 - Yang ditaburkan di tengah semak duri ialah orang yang mendengar firman itu, lalu kekuatiran dunia ini dan tipu daya kekayaan menghimpit firman itu sehingga tidak berbuah.

Apakah anda tahu akan firman itu?

Orang itu mendengar dan mengerti firman itu tetapi hal-hal didunia ini telah menguatirkan orang itu untuk memfokuskan diri kepada Tuhan. Orang itu dihimpit dengan keindahan harta benda, kewangan, kemewahan dan sebagainya sehingga menghalang mereka untuk melayani Tuhan dan memfokuskan diri kepada Tuhan. Contohnya: Wang yang banyak dapat mengaburkan mata kita untuk melayani Tuhan dan fokus kita telah hilang kepada dunia. Kita sebenarnya adalah sementara sahaja di dunia ini dan suatu hari nanti setiap kita akan dipanggil oleh Tuhan dan benda-benda di dunia ini akan kekal.


4. Benih yang ditabur jatuh ke tanah yang baik.

* Matius 13:23 - Yang ditaburkan di tanah yang baik ialah orang yang mendengar firman itu dan mengerti, dan karna itu ia berbuah, ada yang seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang tiga puluh kali lipat.

Apakah anda juga faham akan firman ini?

Orang itu mendengar dan mengerti firman itu. Apabila orang itu mendengar dan mengerti akan firman itu, maka orang itu akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan terus untuk mencari Tuhan dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada akhirnya orang itu diberkati dengan berlimpah-limpah dan berbuah dengan begitu banyaknya. Kita sebagai anak-anak Tuhan harus berdoa dan menrenungkan firman Tuhan siang dan malam. Tuhan pasti akan memberkati setiap orang yang berseru dalam nama Tuhan karna rencana itu indah pada waktunya.


Saudara/i dalam kasih Tuhan,

Antara keempat-empat penabur tersebut, dimanakah kedudukan anda pada saat ini? Apakah anda masih menjadi penabur yang menabur di pinggir jalan, di tanah yang berbatu-batu, di tengah semak duri atau menabur di tanah yang baik. Fikir dan jawab secara peribadi kepada Tuhan.

Saya pasti setiap kita ingin menjadi seorang penabur yang berhasil di dalam pelayanan. Semoga kita jangan sembil lewa dalam pelayanan Tuhan karna Tuhan inginkan seorang yang mempunyai hati hamba dan berseru kepada Dia disaat susah mahupun senang. Tuhan akan memberkati kita dengan berlimpah-limpah pada masa 'kan mendatang. Semoga kita fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk Tuhan. Semoga kita diberkati lewat dari topik kita pada kali ini. Jadikan Tuhan yang terutama dalam hidup kita. Amen.


Saya yang mengasihi semua,

Atunz

God bless u all...





Sunday, July 17, 2011

"Worship" adalah hanya untuk Tuhan


Shallom dan salam dalam Kasih Tuhan,

Sekali lagi kita bertemu karna kebaikan Tuhan dalam hidup kita. Sekian lama saya tidak 'update' blog ini karna saya telah kehilangan password tetapi Tuhan telah buka jalan bagi saya untuk buka sekali lagi blogspot atunz86 ini. Terima Kasih Tuhan untuk ini.


Topik yang saya ingin kongsikan kepada kita pada saat ini adalah mengenai 'worship' atau lebih dikenali sebagai penyembahan disaat kita memimpin dalam ibadah. Seringkali kita mendengar dalam suatu ibadah terdapat pujian & penyembahan tetapi persoalannya 'tahukah anda maksud penyembahan'? Kita hanya tahu kita menyembah Tuhan dengan nyanyi puji-pujian, dengan muzik, dengan lagu dan sebagainya. Apakah kita melakukan penyembahan?


Saudara/i dalam kasih Tuhan,
Menyembah Tuhan adalah bukan karna muzik, bukan karna lagu, bukan karna manusia tetapi menyembah Tuhan adalah antara anda dan Tuhan dan hanya Tuhan. Salah satu konsep menyembah Tuhan adalah hubungan kita dengan Tuhan selagi kita masih bernafas.
Pada tanggal 16/07/11 (sabtu), saya dan kawan saya Frankie telah menghadiri seminar mengenai Pujian & Penyembahan yang dikendalikan oleh Pastor Sidney Mohede & the geng dalam True Worshippers di DUMC, Kuala Lumpur. Disana Ps. Sidney banyak mengajar kami erti sebenar sebagai seorang penyembah di dalam sesuatu ibadah.


Penyembah adalah kita semua yang hidup di muka bumi ini. Tujuan kita menyembah Tuhan adalah menyenangkan Tuhan, Memuliakan Tuhan, Mengucap syukur kita kepada Tuhan, letakkan Tuhan di tengah-tengah kita dan sebagainya. Mari kita lihat dalam Roma 12:1 mengatakan "Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itulah ibadah yang sejati". Yang saya ingin tekankan dalam ayat ini adalah penyembah yang hidup. Penyembahan adalah semua untuk Tuhan Yesus, bukan untuk manusia, bukan sekadar nyanyian, bukan sekadar lirik lagu dan sebagainya.


Keadaan ini telah menyadarkan saya bahwa seringkali saya menaruh harapan kepada jemaat untuk turut serta dalam pujian dan penyembahan tetapi ada antara mereka sekadar melihat, menyanyi dan sebagainya. Akhirnya saya rasa diri saya gagal dalam membawa jemaat ke dalam hadirat Tuhan. Tetapi Tuhan telah menegur hati saya tentang perkara ini. Saya seringkali memandang kepada manusia dan seringkali menghakimi mereka dimana mereka tidak turut-serta dalam Pujian & Penyembahan. Tuhan telah membuka mata saya bahwa saya tidak seharusnya memandang kepada jemaat dan tidak seharusnya menghakimi mereka. Hanya Tuhan saja yang layak untuk menghakimi mereka.


Disini saya telah pelajari sesuatu dimana saya harus menjadi penyembah yang benar dihadapan Tuhan. Saya harus memberikan fokus saya hanya kepada Tuhan disaat saya memimpin dalam ibadah. Karna Tuhan inginkan kita memandang hanya kepada DIA dan untuk DIa semasa dalam ibadah. Jangan kita mudah lari fokus kita kepada Tuhan dan juga jangan memandang sekeliling kita karna itu akan menyebabkan kita hilang fokus. Kita menyembah sesuatu yang berharga dan bernilai iaitu Yesus Kristus dan tiada gantinya. Karna semua yang ada didalam kita adalah semua untuk Tuhan. Sebab itulah mengapa kita diciptakan untuk.


Ps. Sidney juga ada mengatakan kebanyakan pemimpin pujian mengamalkan "karaeok Rohani" semasa memimpin karna pemimpin itu seringkali melihat lirik yang ada di hadapan. Kita seharusnya menghafal lirik tersebut sebelum kita membawa pujian & penyembahan karna sekiranya kita seringkali melihat lirik lagu tersebut, kita akan mudah hilang fokus kepada Tuhan. Itulah yang saya pelajari dalam seminar pujian & penyembahan yang sungguh memberkati setiap kami yang hadir dalam seminar tersebut. Terima Kasih Tuhan Yesus atas segala kebaikanMu.


Kolose 1:16 - "Karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgahsana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia".


Saya berharap kita diberkati lewat daripada 'sharing' ini dan kita menjadi penyembah yang benar dihadapan Tuhan karna segala sesuatu adalah untuk Tuhan. Amen. Tuhan memberkati kita semua.


Saya yang rasakan,

Atunz Makarios