Wednesday, July 11, 2012

Syukur bagi kebaikan Tuhan dalam hidupku...


Shalom saudara-saudari...

Selamat ketemu sekali lagi dalam kasih Tuhan, saya ingin berkongsikan kebaikan Tuhan dalam hidup saya sehingga pada saat ini Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik bagi kehidupan saya...Tuhan tidak pernah lelah dalam membentuk kita dan memberikan kita kesempurnaan... Tuhan lah segalanya bagi kita...


Tuhan telah memberkati saya sehingga pada saat ini Tuhan telah memberikan pekerjaan kepada saya iaitu sebagai seorang Guru di salah sebuah sekolah di pelabuhan klang. Menjadi seorang guru adalah sangat kritikal karna kita adalah segalanya - iaitu menjadi polis, akuantan, detektif, peguam, hakim, kontraktor dan sebagainya.... Tapi saya sangat bersyukur atas pekerjaan ini kerna setiap kali saya dalam kesulitan, Tuhan sentiasa membuka jalan bagi saya. DIA tidak pernah meninggalkan saya... Pekerjaan ini juga telah mematangkan saya untuk meneruskan kehidupan. Tuhan itu sangat baik.


Tetapi jangan lupa ucapkan syukur kita kepada Tuhan atas kebaikanNya dalam pekerjaan kita, study kita, dan semuanya dalam hidup kita... Thankz a lot Jesus. I Love u...


Salam dalam kasih Tuhan...

Lidah?

Shalom semua yang dikasihi dalam kasih Tuhan,

          Pada saat ini, saya ingin berkongsi dengan kalian mengenai LIDAH... Apakah itu lidah? Adakah lidah itu dapat memberkati orang lain atau dapat membinasakan orang lain? Lidah adalah satu organ yang Tuhan telah diciptakan bagi semua manusia. Lidah juga membuatkan kita untuk bisa berkata-kata. Lidah juga mempunyai 6 rasa.

       IYA!!! Lidah dapat memberakti dan juga membinasakan sesama manusia. Oleh itu kita haruslah berjaga-jaga apapbila berkata-kata. Dosa dapat dihasilkan melalui lidah juga. sebagai orang kristen, kita haruslah memberkati sesama manusia dan bukan untuk membinasakan diri sendiri atau sesama yang lain.

          Seperti dalam Yakobus 3 ada mengatakan mengenai lidah. Tajuknya adalah Dosa kerna Lidah. Dalam ayat tersebut mengatakan (ayat5), walau lidah merupa anggota tubuh yang kecil, lidah dapat memegahkan perkara-perkara yang besar. Maksudnya lidah dapat membuatkan sesuatu itu menjadi perkara yang besar. Dan juga dalam (ayat6) yang mengatakan lidah itu adalah api, di mana lidah itu dapat membuatkan sesuatu menjadi jahat dalam apa yang dikatakan. 

          Oleh itu saudara/i yang ku kasihi, jagalah lidah kita apabila kita berkata-kata dengan orang sekeliling kita karna lidah dapat merosakkan hubungan antara satu sama yang lain. seperti umpama yang dikatakan dalam firman ini (ayat7&8), haiwan2 di dunia ini dapat dijinakkan oleh manusia tetapi sedangkan lidah sangat sukar untuk dijinakkan dalam kehidupan seharian kita. Mulut dapat mengungkapkan kata-kata berkat dan juga kutuk (ayat10). Oleh itu, berjaga-jagalah untuk mengeluarkan perkataan apabila kita bercakap dengan orang lain. 

        Sekian sahaja pengkongsian kita pada masa ini. Jagalah mulut kita dan jadilah berkat bagi orang lain. Tuhan memberkati saudara/i sekalian. Amen.