Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah "Apakah kamu setia?" Wow... Sangat mendalam maksud topik yang ingin saya kongsikan pada kali ini.
Pada beberapa minggu yang lepas, Tuhan telah membuka mata saya terhadap firman Tuhan ini. Iaitu dalam 2 Timotius 2:11-13 yang berbunyi seperti ini:
"Benarlah perkataan ini: Jika kita mati dengan Dia, kita pun akan hidup dengan
Dia; jika kita bertekun, kita pun akan ikut memerintah dengan Dia;
jika kita menyangkal Dia, Dia pun akan menyangkal kita;
jika kita tidak setia, Dia tetap setia, karena Dia tidak dapat
menyangkal diri-Nya."
Cuba kita lihat ayat yang terakhir, di mana apabila kita tidak setia, maka Dia yang bermaksud Yesus Tuhan tetap setia terhadap kita. Apakah ayat ini telah mencabar diri kita untuk tetap setia sampai kedatangan Tuhan Yesus kali kedua? Kita sentiasa mengucapkan perkataan setia terhadap kekasih, pekerjaan kita, dan sebagainya. Tetapi apakah kamu setia terhadap Tuhan?????
Bukan mudah untuk kita melakukan perkara yang sama seperti Yesus, tetapi bila kita sungguh-sungguh melakukan kehendak Tuhan dalam hidup kita, maka tiada yang mustahil untuk kita lakukan juga. Karena kita punyai Tuhan yang sangat Hebat Kuasanya.
Biarlah kita tetap untuk setia melakukan kehendak Tuhan dalam hidup kita. Jangan mudah jatuh dan jangan berpaling ke masa lampau kita. Tetaplah untuk setia sepertimana Yesus sentiasa setia terhadap kita.
Ada satu nyanyian iaitu setia setialah, setialah sampai mati.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberkati kalian semua. Tuhan memberkati.
Yang mengasihi,
Atunz Makarios