Sunday, November 11, 2012

Tuhan memakai anak2 muda dalam Makarios Youth United

                                                  Kumpulan Makarios Youth United (MYU)

Shalom semua dalam Kasih Tuhan. Salam kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin kongsikan sebuah "group" yang sangat dipakai Tuhan dalam pekerjaanNya.Sehingga ramai muda-mudi diberkati lewat dari pelayanan anak-anak muda dari group ini. Nama "group" ini adalah Makarios Youth United (MYU). Group ini telah ditubuhkan selama 3 tahun iaitu dari 2004 - 2006. Banyak pekerjaan Tuhan telah terjadi lewat dari pelayanan yang dikhususkan Tuhan kepada group ini iaitu khususnya dalam pelayanan Praise & Worship. Banyak bakat-bakat yang tersembunyi telah dicungkil dalam setiap pemuda-pemudi dalam group ini untuk pekerjaan Tuhan.

                                                        Konsert Shine Like Star MYU


Group ini telah diasaskan oleh Saudara Leo Stanley. Beliau merupakan seorang yang sangat dipakai oleh Tuhan dalam membangkitkan iman di kalangan muda-mudi di sekitar Taman Tunku. Makarios merupakan idea dari Tuhan untuk saudara Leo dan juga teamnya. Sehingga Tuhan telah memberikan nama Makarios iaitu bermaksud "Diberkati untuk Memberkati".

                                                                 Outing di Taman Selera


Makarios Youth United merupakan gabungan 3 buah gereja yang bermula dengan gereja SIB Taman Tunku ( B. Iban, B. Malaysia & B. Kayan). Tetapi dalam beberapa bulan tersebut, MYU turut disertai oleh gereja yang berlainan dominasi. Kebetulan pada tahun tersebut, muda-mudi gereja-gereja setempat di Taman Tunku belum mempunyai Kebaktian muda-mudi masing-masing dan sehinggalah tubuhnya MYU. Objektif MYU adalah:-

          1. Diberkati untuk Memberkati
          2. Membawa muda-mudi yang belum ada kebaktian untuk bersama-sama
              mencari Tuhan
          3. Memastikan setiap muda-mudi dari setiap gereja mempunyai kebaktian
              muda-mudi masing-masing pada masa kan mendatang

                                                                             Kem MYU

 Banyak aktiviti telah diadakan dalam MYU tersebut. Antaranya adalah:-

          1. Praise & Worship
          2. Sharing
          3. Games
          4. Jamming
          5. Port Bless
          6. Konsert
          7. Doa & Puasa Sehari Semalam
          8. Bible Study
          9. Karoling
        10. Outing
        11. Kem MYU

                                                                          Caroling MYU

Selain daripada itu, MYU turut sering diundang oleh gereja setempat untuk memimpin dalam pujian & penyembah. Sehingga MYU digunakan oleh Tuhan dengan luar biasa dalam pujian & penyembah di Miri. Ramai anak-anak muda kagum dengan talenta yang diberikan Tuhan kepada MYU untuk memberkati mereka di bandar Miri. Itulah tujuan MYU untuk memberkati semua anak-anak Tuhan dengan talenta yang diberikan oleh Tuhan.

                                                                       Konsert MYU


Itulah yang dialami oleh setiap anak-anak Tuhan dalam MYU. Sedar tidak sedar dalam 3 tahun, setiap pemuda-pemudi di Taman Tunku telah mempunyai kebaktian muda-mudi masing-masing. Puji Tuhan. Tuhan telah menjawab semua doa anak-anak muda tersebut untuk mempunyai kebaktian muda-mudi masing2. Ramai antara ahli MYU telah diberkati Tuhan dalam pelajaran & pekerjaan sehingga ramai yang melanjutkan pelajaran di universiti & kolej tempatan. Praise The Lord. Doa orang benar sangat besar kuasanya. Amen. Sehingga kini MYU menjadi kenangan yang sangat luar biasa dipakai oleh Tuhan di kalangan muda-mudi di Taman Tunku.

                                                                        Ahli-ahli MYU


Tuhan sentiasa memberkati kita sekiranya kita menyerahkan hidup kita kepada Tuhan karna hanya dalam Yesuslah kita peroleh keselamatan dan hidup yang kekal selama-lamanya. Sampai disini sahaja kita bersua pada kali ini. Kita akan bertemu lagi dalam topik yang berlainan. Tuhan memberkati saudara sekalian yang membaca blog ini.


                                                                        T-shirt Makarios

















No comments:

Post a Comment