Wednesday, February 25, 2009

Kasih Tuhan Dalam kehidupan kita


Shallom saudara saudari dalam kasih Tuhan,

Saya ingin berbicara mengenai kasih Tuhan dalam kehidupan setiap peribadi kita sebagai manusia. Pasti anda tahu apakah itu kasih dan bagaimana kasih dapat penuhi hidup kita. Kasih adalah Allah dan Allah adalah kasih. Kalau dalam kamus dewan kasih adalah sesuatu perasaan yang kita luahkan seperti kasih sayang kita terhadap seseorang. Pasti kita juga punyai kasih yang sempurna dalam kehidupan walaupun kadang kala ada dukacitanya.

Menurut dalam Jawapan Kehidupan iaitu Alkitab dalam 1 Korintus 13: 4 - 7. " Kasih itu sabar; Kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu dan sabar menanggung segala sesuatu." Itulah yang firman Tuhan katakan dan semuanya itu adalah yang sangat-sangat benar. Amin saudara saudari.

Pasti kita selalu mendapat kasih yang indah dalam kehidupan peribadi kita daripada keluarga, rakan-rakan, teman istimewa dan sebagainya. Tetapi ada juga yang kasih yang tidak kesampaian seperti kasih dalam 'couple'. Perkara itu adalah normal dalam kehidupan. Sebagai manusia, kita tidaklah sempurna dalam apapun yang kita lakukan karna iblis tidak suka melihat kita hidup dalam penuh kasih sayang daripada keluarga dan sebagainya dan yang penting kasih dari Tuhan Yesus.

Firman Tuhan juga mengatakan hukum yang terutama adalah "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Dan hukum yang kedua adalah " Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri " ( Matius 22:37-38) .

Saya ada satu cerita mengenai kasih Tuhan iaitu tentang seorang peribadi yang penuh dendam terhadap bapanya. Salmah (bukan nama sebenar) telah diseksa dan didera oleh bapanya sejak dia kecil lagi. Waktu itu ibunya telah terlantar di hospital karna mengidap penyakit barah. Dia seringkali menjadi mangsa pukul bapanya karna bapanya setiap kali pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan berjudi. Dia dipukul dan dipukul setiap hari. Setelah ibunya meninggal pada suatu ketika, ibunya pernah berbicara kepada bapanya agar tidak memukul Salmah lagi. Akan tetapi bapanya terus memukul dan tidak mengikut apa yang dikatakan oleh ibunya. Salmah dipukul sehinggalah dia meningkat ke dewasa. Pada suatu hari dia melarikan diri dari rumah dan berteduh di rumah di saudaranya. Dalam keadaan itu, perasaan bencinya terhadap bapanya semakin bertambah sehingga tidak sanggup untuk bersemuka dengan bapanya. Pelbagai perasaan yang timbul dalam hatinya. Ada suatu suara yang menyerunya agar membunuh bapanya itu.

Pada suatu hari, Salmah berjumpa dengan bapanya dengan perasaan yang dendam sekali dan waktu itu dia membawa pisau untuk membunuh bapanya itu. Disaat dia ingin membunuh bapanya itu, terdapat satu cahaya yang terang memancar di hadapannya. Dia tahu itu pastinya Tuhan Yesus yang menunjukkan dirinya kepada Salmah. Pada waktu itu Salmah dapat rasakan perasaan dendamnya terhadap bapanya mulai hilang dan hilang. Terdapat kelihatan tangan yang dalam keadaan bercahaya putih itu memegang tangan Salmah dan dia tersungkur karna Kasih Tuhan dalam dirinya masih ada walaupun hatinya penuh dengan dendam. Tuhan telah buka Jalan kepada Salmah dan mulai saat itu, Salmah bisa untuk memaafkan bapanya. Salmah mulai mengikuti ibadah-ibadah kerohanian bersama dengan rakan-rakannya. Tetiba, satu panggilan daripada bapanya, bapanya mengatakan dia ingin meminta maafkan daripada Salmah. Salmah pun mulai menangis dan memaafkan bapanya. Pada waktu itu, pelepasan terjadi dalam kehidupan Salmah dan dia aktif dalam pelbagai acara ibadah. Puji Tuhan. Amin.

Nah saudara saudari, itulah kisah mengenai seseorang yang bisa untuk mengampuni perbuatan bapanya terhadap dia suatu ketika dahulu. Pasti saudara saudari sekalian juga punyai masa silam anda sendiri. Jangan kita kuatir karna Tuhan lebih dulu mengasihi kita dan Tuhan sentiasa buka jalan kepada kita kiranya kita dalam cobaan atau dugaan. Serahkan kehidupan anda secara total kepada Tuhan karna hanya dari Tuhan lah kita beroleh kasih.

Semoga anda semua diberkati dengan apa yang saya sampaikan ini. Sehingga kita akan berjumpa lagi dalam topik-topik yang menarik dalam blog ini. Kasih Tuhan Yesus tidak pernah berkesudahan. Thankz atas permerhatian anda semua. God bless u.

Saya yang mengasihi anda,

Atunz

Saturday, February 14, 2009

Pengumulan Yang Punyai Jawabannya



Shalom saudara-saudari dalam Kasih Tuhan,

Salam kita bertemu sekali lagi. Semoga kita semua sehat disamping penuh dengan berkat Tuhan. Amen!!! Pada kali ini, saya ingin berkongsi pula mengenai dengan Pengumulan yang punyai Jawabannya. Saya pasti semua kita tahu apakah itu pengumulan kan? Bagi saya, pengumulan itu adalah sesuatu masalah yang menimpa hidup peribadi seseorang. Pasti kita semua pernah mengalami suatu pengumulan dalam hidup kan? Maybe ada yang tak pernah mengalami pengumulan, Puji Tuhan. Tapi yang pastinya kita manusia ini tak sempurna dan tidak pernah terlepas dalam menghadapi masalah.

Saya ingin 'share' sikit topik ini mengenai peribadi saya. Saya juga pernah mengalami pengumulan yang amat-amat mengugat kesabaran dan juga iman saya. Perkara ini telah terjadi pada awal tahun 2006dan membuat saya ingin menjadikan hidup saya jatuh dalam dosa.

Pada ketika itu, saya telah dituduh dalam sesuatu perkara dalam hal peribadi seseorang itu. Dan mengatakan saya merosakkan hubungan seseorang itu. Perkara itu pun telah tersebar kepada semua teman-teman seperjuangan dalam pelayanan. Ini membuat saya rasa malu dan kesal apa yang telah terjadi dan membuat hati saya hancur sama sekali waktu itu.

Banyak perkara yang saya fikirkan untuk menghadapi situasi tersebut. Saya mulai berfikir untuk lepaskan semua jawatan dalam mudamudi dan juga apapun jawatan yang saya pegang dalam pelayanan ketika itu. Saya pun memberitahu seorang Hamba Tuhan mengenai perkara ini dan dia pun mulai berbicara sama saya. Selepas Hamba Tuhan itu berbincang dan menasihat saya apa yang saya alami. Saya tertarik dengan sesuatu perkara yang disebut dia iaitu "kita melakukan sesuatu perkara dalam pelayanan adalah untuk Tuhan yang kita sembah dan bukannya untuk manusia". Saat itu saya mulai tergerak hati dan hati saya mulai bersinar kembali untuk terus berjuang dalam pelayanan. Tidak dapat dibayangkan sama sekali hati yang yang sungguh sukacita apabila Hamba Tuhan itu berbicara sama saya dengan perkara itu.

Selepas itu, saya pun mulai aktif kembali untuk melayani dalam mudamudi dan juga waktu tu ada satu pelayanan iaitu 'Ester day'. Saya pun memimpin pujian penyembahan ketika itu dan bersukacita dalam apapun perkara. Dan saya dapat memaafkan orang itu dengan hati yang gembira. Saya teringat akan satu Firman Tuhan dan berkata "Datanglah kepadaku yang letih lesu dan berbeban berat, AKU akan melegakan kamu" (Matius 11:28). Itu adalah janji Tuhan kepada kita semua. Saya pun menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan Tuhan buka jalan bagi saya untuk menghadapi semua pengumulan saya. Puji Tuhan!!!

Saya pasti anda semua pun pernah mengalami saat yang suka dan duka anda. Saya ingin menasihati kita semua bahwa 'Tuhanlah Jalan, Hidup dan Kebenaran'. Jangan pula kita berpaling ke belakang mahupun berputus asa karna kita punyai Tuhan yang berkuasa. Serahkan segala pengumulanmu kepada Tuhan karna saya pasti Tuhan akan buka jalan bagi anda semua seperti mana Tuhan telah buka jalan kepada saya.

Saya yang mengalaminya,

Atunz

Tuesday, February 10, 2009

KARUNIA/TALENTA


Shallom skali lagi saudara-saudari dalam kasih Tuhan,

Hari topik saya berkenaan dengan Karunia ataupun lebih dikenali Talenta/Bakat. Saya tau semua kita mempunyai Karunia/Talenta/Bakat yang berlainan. Karunia/Talenta/Bakat adalah suatu perkara atau kelebihan menguasai satu perkara yang telah Tuhan berikan kepada kita semua. Atau dalam istilah BM nye adalah Bakat merupakan suatu kebolehan yang kita miliki sejak kita dilahirkan dan juga dapat kita 'develop' untuk mencapai sesuatu matlamat.

Karunia/Talenta/Bakat terdapat pelbagai jenis seperti bermain alat musik(menyanyi, gitar, drum, bass, keyboard, menari dan so on). Saya pasti saudara-saudari mempunyai bakat-bakat tersebut. Setiap kita, Tuhan telah berikan Karunia yang berlainan. Saya pasti anda semua menggunakan Karunia/ Talenta/Bakat tersebut untuk memuji dan menyembah Tuhan serta memuliakan dan meninggikan Nama Tuhan kita. Amen...

Saudara-saudari,

Saya ingin berkongsi Karunia yang Tuhan telah berikan dalam hidup saya. Saya tidak mengerti atau pandai langsung dalam alat musik pada ketika itu. Saya mulai pandai bermain alat musik iaitu gitar pada mulanya semasa saya dalam tingkatan satu iaitu dalam umur 13 tahun. Ketika itu amat sukar sekali untuk saya menguasai gitar tersebut karna waktu tu saya hanya belajar seorang diri dan tiada bantuan daripada orang lain. Saya mula praktis dan praktis ketika itu dan akhirnya dalam beberapa bulan saya berjaya menguasai dalam bermain gitar.

Saya amat bersyukur karna ketika itu lagu yang telah membuatkan saya berhasil dalam bermain gitar adalah lagu Rohani iaitu dalam bahasa iban(Meruan ku Ngenang) maksudnya "SelaluKu Kenang". Pada ketika itu, saya mengucapkan syukur kepada Tuhan karna berikan saya Karunia dalam bermain gitar. Saya pun terus menguji alat musik yang lain seperti bass, drum dan keyboard. Akhirnya saya berjaya menguasai semua alat musik itu walaupun hanya dengan 70% sahaja. Dan sekarang ini, saya lebih kepada bidang vokal atau lebih dikenali menyanyi dan menjadi 'Worship Leader' dalam kebaktian umum.

Kepada kita semua yang mempunyai Karunia yang Tuhan telah berikan, gunakanlah untuk pelayanan Tuhan dan memuliakan Tuhan dengan iringan musik. Karna setiap kita mempunyai kelebihan masing-masing tidak mengira lelaki mahupun perempuan. Sebab kebanyakkan remaja sekarang tidak menggunakan Karunia mereka dalam pelayanan tetapi mereka menggunakan untuk band-band duniawi.

Kita sebagai remaja harus bersyukur akan apa yang kita miliki dalam diri kita. Gunakanlah dengan bijak Karunia yang Tuhan telah berikan dan jangan salahgunakannya. Musik masa kini dapat menarik ramai jiwa-jiwa tidak mengira rock, hiphop, sentimental dan sebagainya untuk berkecimpung dalam pelayanan musik.

Ayat akhir saya kepada semua adalah gunakanlah bakat-bakat, talenta-talenta yang Tuhan berikan untuk memuji dan menyembah nama Tuhan tidak mengira dimanapun anda berada. "Sebab Tuhan berikan kita Karunia dan Tuhan juga dapat menarik balik Karunia yang DIA berikan kepada kita".

Salam dalam Kasih Tuhan,

Atunz

Sunday, February 8, 2009

My Biodata



Shallom semua dalam Kasih Tuhan,

Nama saya, Lawrene Jatan Langgat atau lebih dikenali dengan nama Atunz merupakan anak bongsu dalam keluarga saya. Saya berasal dari Balingian dan telah berhijrah ke Bandaraya Miri semasa saya masih dalam beberapa bulan umurnya. Saya dilahirkan di tempat yang agak unik iaitu di Rumah Panjang. Saya berbangsa iban tetapi iban dalam agak kurang untuk fahami dan semestinya beragama Kristian.

Saya dilahirkan pada tahun 1986, 29 April. Semasa dalam darjah, saya bersekolah di SRB Chung San, Miri dan bisa berbicara dalam bahasa Cina. Semasa di dalam tingkatan, saya bersekolah di SMK Riam Tmn Tunku sehingga ke tingkatan 6.

Selepas itu, saya telah melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Universiti di Shah Alam, Selangor. Di sana, saya mengambil jurusan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kiranya anda kurang sihat, boleh berjumpa sama saya untuk tips-tips kesihatan. Sehingga sekaranglah saya masih menuntut di Shah Alam.

Saya mulai serius dalam Tuhan ketika saya berusia 15 tahun dalam tingkatan 3. Dalam masa itu, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan Yesus sebagai Juruselamat dalam hidup saya. Saya juga telah mulai dalam pelayanan music di gereja, bah kan dalam pelayanan pemuda-pemudi. Sehingga sekarang saya dapat menguasai peralatan music tidak mengira gitar, bass, drum dan juga keyboard. Semua itu tidak lah sampai 100% saya menguasai cara permainan. Karunia yang Tuhan benar-benar telah berikan kepada saya adalah dalam bidang nyanyian atau lebih dikenali "Worship Leader". Di Miri, saya berbakti di Gereja Sidang Injil Borneo(SIB) taman tunku dalam bahasa iban manakala di Shah Alam saya berbakti di Grace TTDI.

Tujuan saya untuk menulis blog ini adalah untuk menyatakan Kebaikan dan Kasih Tuhan dalam hidup saya. Agar blog ini juga dapat memberkati saudara-saudari dalam kasih Tuhan. Semoga anda semua diberkati lewat blog ini. God bless you all.


Saya yang melayani,
Atunz