Shallom semua dalam Kasih Tuhan,
Nama saya, Lawrene Jatan Langgat atau lebih dikenali dengan nama Atunz merupakan anak bongsu dalam keluarga saya. Saya berasal dari Balingian dan telah berhijrah ke Bandaraya Miri semasa saya masih dalam beberapa bulan umurnya. Saya dilahirkan di tempat yang agak unik iaitu di Rumah Panjang. Saya berbangsa iban tetapi iban dalam agak kurang untuk fahami dan semestinya beragama Kristian.
Saya dilahirkan pada tahun 1986, 29 April. Semasa dalam darjah, saya bersekolah di SRB Chung San, Miri dan bisa berbicara dalam bahasa Cina. Semasa di dalam tingkatan, saya bersekolah di SMK Riam Tmn Tunku sehingga ke tingkatan 6.
Selepas itu, saya telah melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Universiti di Shah Alam, Selangor. Di sana, saya mengambil jurusan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kiranya anda kurang sihat, boleh berjumpa sama saya untuk tips-tips kesihatan. Sehingga sekaranglah saya masih menuntut di Shah Alam.
Saya mulai serius dalam Tuhan ketika saya berusia 15 tahun dalam tingkatan 3. Dalam masa itu, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan Yesus sebagai Juruselamat dalam hidup saya. Saya juga telah mulai dalam pelayanan music di gereja, bah kan dalam pelayanan pemuda-pemudi. Sehingga sekarang saya dapat menguasai peralatan music tidak mengira gitar, bass, drum dan juga keyboard. Semua itu tidak lah sampai 100% saya menguasai cara permainan. Karunia yang Tuhan benar-benar telah berikan kepada saya adalah dalam bidang nyanyian atau lebih dikenali "Worship Leader". Di Miri, saya berbakti di Gereja Sidang Injil Borneo(SIB) taman tunku dalam bahasa iban manakala di Shah Alam saya berbakti di Grace TTDI.
Tujuan saya untuk menulis blog ini adalah untuk menyatakan Kebaikan dan Kasih Tuhan dalam hidup saya. Agar blog ini juga dapat memberkati saudara-saudari dalam kasih Tuhan. Semoga anda semua diberkati lewat blog ini. God bless you all.
Saya yang melayani,
Atunz
shallom atunz. it;s me dee (diana lah) still remember? hye, nice to see u have ur own blog here. nice welcoming story. keep it up! i have my own blog too. If u want to visit here's the link add www.deeluke.blogspot.com God Bless!
ReplyDeleteregards,
dee
nice sharing..
ReplyDeleteThrough ur each day with HIM, feel His blessing and grace in ur life
bless u ^___^