Shallom saudara saudari dalam kasih Tuhan,
Saya ingin berbicara mengenai kasih Tuhan dalam kehidupan setiap peribadi kita sebagai manusia. Pasti anda tahu apakah itu kasih dan bagaimana kasih dapat penuhi hidup kita. Kasih adalah Allah dan Allah adalah kasih. Kalau dalam kamus dewan kasih adalah sesuatu perasaan yang kita luahkan seperti kasih sayang kita terhadap seseorang. Pasti kita juga punyai kasih yang sempurna dalam kehidupan walaupun kadang kala ada dukacitanya.
Menurut dalam Jawapan Kehidupan iaitu Alkitab dalam 1 Korintus 13: 4 - 7. " Kasih itu sabar; Kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu dan sabar menanggung segala sesuatu." Itulah yang firman Tuhan katakan dan semuanya itu adalah yang sangat-sangat benar. Amin saudara saudari.
Pasti kita selalu mendapat kasih yang indah dalam kehidupan peribadi kita daripada keluarga, rakan-rakan, teman istimewa dan sebagainya. Tetapi ada juga yang kasih yang tidak kesampaian seperti kasih dalam 'couple'. Perkara itu adalah normal dalam kehidupan. Sebagai manusia, kita tidaklah sempurna dalam apapun yang kita lakukan karna iblis tidak suka melihat kita hidup dalam penuh kasih sayang daripada keluarga dan sebagainya dan yang penting kasih dari Tuhan Yesus.
Firman Tuhan juga mengatakan hukum yang terutama adalah "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Dan hukum yang kedua adalah " Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri " ( Matius 22:37-38) .
Saya ada satu cerita mengenai kasih Tuhan iaitu tentang seorang peribadi yang penuh dendam terhadap bapanya. Salmah (bukan nama sebenar) telah diseksa dan didera oleh bapanya sejak dia kecil lagi. Waktu itu ibunya telah terlantar di hospital karna mengidap penyakit barah. Dia seringkali menjadi mangsa pukul bapanya karna bapanya setiap kali pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan berjudi. Dia dipukul dan dipukul setiap hari. Setelah ibunya meninggal pada suatu ketika, ibunya pernah berbicara kepada bapanya agar tidak memukul Salmah lagi. Akan tetapi bapanya terus memukul dan tidak mengikut apa yang dikatakan oleh ibunya. Salmah dipukul sehinggalah dia meningkat ke dewasa. Pada suatu hari dia melarikan diri dari rumah dan berteduh di rumah di saudaranya. Dalam keadaan itu, perasaan bencinya terhadap bapanya semakin bertambah sehingga tidak sanggup untuk bersemuka dengan bapanya. Pelbagai perasaan yang timbul dalam hatinya. Ada suatu suara yang menyerunya agar membunuh bapanya itu.
Pada suatu hari, Salmah berjumpa dengan bapanya dengan perasaan yang dendam sekali dan waktu itu dia membawa pisau untuk membunuh bapanya itu. Disaat dia ingin membunuh bapanya itu, terdapat satu cahaya yang terang memancar di hadapannya. Dia tahu itu pastinya Tuhan Yesus yang menunjukkan dirinya kepada Salmah. Pada waktu itu Salmah dapat rasakan perasaan dendamnya terhadap bapanya mulai hilang dan hilang. Terdapat kelihatan tangan yang dalam keadaan bercahaya putih itu memegang tangan Salmah dan dia tersungkur karna Kasih Tuhan dalam dirinya masih ada walaupun hatinya penuh dengan dendam. Tuhan telah buka Jalan kepada Salmah dan mulai saat itu, Salmah bisa untuk memaafkan bapanya. Salmah mulai mengikuti ibadah-ibadah kerohanian bersama dengan rakan-rakannya. Tetiba, satu panggilan daripada bapanya, bapanya mengatakan dia ingin meminta maafkan daripada Salmah. Salmah pun mulai menangis dan memaafkan bapanya. Pada waktu itu, pelepasan terjadi dalam kehidupan Salmah dan dia aktif dalam pelbagai acara ibadah. Puji Tuhan. Amin.
Nah saudara saudari, itulah kisah mengenai seseorang yang bisa untuk mengampuni perbuatan bapanya terhadap dia suatu ketika dahulu. Pasti saudara saudari sekalian juga punyai masa silam anda sendiri. Jangan kita kuatir karna Tuhan lebih dulu mengasihi kita dan Tuhan sentiasa buka jalan kepada kita kiranya kita dalam cobaan atau dugaan. Serahkan kehidupan anda secara total kepada Tuhan karna hanya dari Tuhan lah kita beroleh kasih.
Semoga anda semua diberkati dengan apa yang saya sampaikan ini. Sehingga kita akan berjumpa lagi dalam topik-topik yang menarik dalam blog ini. Kasih Tuhan Yesus tidak pernah berkesudahan. Thankz atas permerhatian anda semua. God bless u.
Saya yang mengasihi anda,
Atunz
No comments:
Post a Comment